SELEPAS berpisah dengan Justin Theroux pada Februari tahun lalu, pelakon Jennifer Aniston dilihat lebih selesa menjalani kehidupan sebagai wanita solo.
Namun menerusi laporan Hollywoodlife, baru-baru ini foto memperlihatkan Jennifer sedang bercium dengan seorang lelaki misteri di Los Angelas dirakam jurugambar bebas.
Rata-rata netizen membuat spekulasi Jennifer kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki tersebut.
Sebelum ini Jennifer menegaskan dia mahu memberi tumpuan kepada karier seni dan menganggap cinta bukan keutamaannya.