suria

Sulli f(x) belanja bekas kekasih makan sekiranya terserempak

Sulli tidak pernah lagi terserempak dengan bekas kekasihnya.

VOKALIS kumpulan f(X) iaitu Sulli memberitahu dia akan berasa gembira sekiranya berjumpa secara tidak sengaja dengan bekas-bekas kekasihnya.

Menurut laporan Soompi, Sulli berkata dia sudah menganggap kesemua bekas kekasihnya seperti ahli keluarga namun sehingga kini tidak pernah lagi terserempak dengan mereka.

"Saya rasa, saya akan rasa gembira melihat mereka sebab mereka pernah menjadi orang paling rapat dengan saya.

"Malah, saya sudah menganggap mereka seperti keluarga. Jadi, saya akan belanja mereka makan.

"Buat masa sekarang, saya belum pernah bertemu dengan mereka," kata Sulli ketika menjadi tetamu jemputan program Night of Hate Comments.

Sulli, f(x)

Artikel Lain