AHLI kumpulan 2PM iaitu Taecyeon mengunjungi sahabat baiknya yang juga anggota 2PM iaitu Chansung di kem latihan ketenteraan. Menurut laporan Soompi, Taecyeon memuat naik foto mereka berdua ketika bertemu di kem berkenaan. Kedua-duanya dilihat tersenyum gembira sambil berpelukan. Chansung memulakan latihan wajib tersebut pada 11 Jun lalu, manakala Taecyeon selesai latihan pada Mei lalu. View this post on Instagram A post shared by Taec (@taecyeonokay) on Jul 18, 2019 at 3:00am PDT Menerusi Instagram, Taecyeon turut berkongsi rakaman video istiadat latihan asas yang disertai Chansung. Dia turut menulis kapsyen mencuit hati dan memberitahu dirinya sudah selesai menjalani latihan yang sama. Chansung dijangka selesai menjalani latihan dan dibenarkan pulang pada 5 Januari 2021. SUMBER: Soompi