BIARPUN sudah berpisah namun pelakon Bradley Cooper dan Irina Shayk masih menjalinkan hubungan baik demi anak perempuan mereka, Lea De Seine yang kini berusia dua tahun. Menerusi laporan Pagesix, sumber terdekat memberitahu Bradley dan Irina tidak mahu mencipta 'drama' dan memilih untuk bergilir-gilir menjaga anak mereka. "Tiada drama antara mereka buat masa ini. Irina kerap ke luar negara atas sebab kerja dan dia gembira Bradley setuju untuk sama-sama menjaga anak mereka," katanya. Bradley dan model terkenal itu mengambil keputusan untuk berpisah pada Jun lalu. Sebelum ini, penyanyi Lady Gaga menafikan dirinya menjadi punca pasangan itu berpisah seperti yang didakwa segelintir pihak.