PELAKON Deepika Padukone dikatakan bakal bergandingan dengan Ranbir Kapoor menerusi filem arahan pengarah Luv Ranjan.
Menurut laporan Timesofindia, Deepika juga sudah bertemu dan berbincang dengan pengarah tersebut baru-baru ini.
Bagaimanapun, rata-rata peminat seakan tidak membenarkan aktres itu bekerjasama dengan Luv Ranjan yang sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan gangguan seksual.
Malah, peminat mula membuat tanda pagar (hashtag) #NotMyDeepika di laman Twitter sejak Sabtu lalu.