suria

Marshanda dilarang jumpa anak selama 3 bulan gara-gara buka hijab selepas bercerai

Marshanda sedih apabila dikecam dan dikatakan tidak layak untuk menjaga anaknya.

VIDEO luahan perasaan pelakon Marshanda mengenai keperitan yang dilalui selepas perceraian dan keputusannya untuk membuka tudung yang dimuat naik di Youtube menarik perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, Marshanda memberitahu perceraiannya dengan Ben Kasyafani pada 2014 merupakan dugaan paling berat dalam hidupnya.

Malah, keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai menyebabkan dia tidak dibenarkan bertemu dengan anaknya, Sienna selama tiga bulan.

"Perceraian merupakan dugaan berat dalam hidup saya. Ketika itu saya tidak hanya mempunyai konflik dengan bekas suami tetapi juga keluarga serta media di Indonesia.

Marshanda berkongsi kesedihan yang dilaluinya disebabkan perceraian dan keputusan untuk tidak lagi berhijab.

"Gara-gara saya ambil keputusan untuk buka hijab, saya tidak dibenarkan untuk berjumpa dan bersama dengan anak saya, Sienna.

"Paling menyakitkan apabila saya dikecam dan dikatakan tidak layak untuk membesarkan anak saya," katanya.

Marshanda sebelum ini mengejutkan peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai pada Jun 2014.

Dia dan bekas suaminya bercerai pada Mei 2014 selepas empat tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sienna Ameerah Kasyafani.

Sumber - Kapanlagi

Marshanda, Sienna, Ben Kasyafani

Artikel Lain