PERCERAIAN pasangan selebriti Song Joong Ki dan Song Hye Kyo menerima pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang terkejut dengan berita tersebut. Malah ada juga segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif serta menyebarkan berita yang tidak benar mengenai Song Hye Kyo. Menurut laporan Allkpop, agensi pengurusan Song Hye Kyo iaitu UAA memberitahu pihak mereka telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat. "UAA sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat menyebarkan berita tidak benar mengenai Song Hye Kyo. "Kami akan mengumpul segala bukti dan komen untuk menjaga reputasi artis kami," katanya. Song Hye Kyo dan Song Joong Ki sah bercerai selepas melalui prosiding secara tertutup di Mahkamah Keluarga Seoul pada Isnin lalu.