suria

Siti Badriah dan suami bakal jalani program khas untuk dapatkan anak kembar

Siti Badriah dan suami menyatakan hasrat untuk menjalani program bayi kembar.

PENYANYI Indonesia, Siti Badriah menyatakan hasrat untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat.

Menurut laporan Liputan6.com, penyanyi lagu Lagi Syantik ini dan suaminya, Krisjiana Baharudin akan menjalani sebuah program khas bagi mendapatkan cahaya mata kembar.

"Kami sudah berbincang dan membuat kata sepakat.

"Kami terlalu mengimpikan untuk mendapatkan anak kembar," ujarnya.

Siti Badriah sah bergelar isteri kepada pelakon Krisjiana Baharudin dalam sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana di rumah penyanyi itu di kawasan Ciawi, Bogor, Jawa Barat, Indonesia, Khamis lalu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 21 Mac lalu.

Artikel Lain