PASANGAN selebriti Hollywood Priyanka Chopra dan Nick Jonas mendedahkan mereka mempunyai perancangan untuk mempunyai anak namun bukan dalam masa terdekat. Menurut laporan Entertainment Tonight, sumber terdekat memberitahu pasangan itu terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing dan buat masa sekarang anak bukan keutamaan mereka. "Nick dan Priyanka mahukan anak, tetapi ia bukan keutamaan mereka. "Jadual mereka sangat padat lebih-lebih lagi apabila kumpulan Jonas Brothers membuat kemunculan semula. Ditambah pula dengan konsert jelajah mereka tidak lama lagi. "Mereka juga tidak meletakkan satu tekanan untuk mendapatkan anak. Mereka sedang bahagia menikmati alam perkahwinan, melancong dan bekerja. Kalau ada, mereka bersyukur," katanya. Nick menerusi sebuah temubual bersama Spotify The Rewind Guy Raz sebelum ini pernah berkongsi hasrat untuk memiliki cahaya mata.