suria

Hubungan rapat Ariana Grande dengan Mikey Foster belum sampai tahap bercinta

Ariana seronok meluangkan masa bersama Mikey.

PENYANYI Ariana Grande dikatakan kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan duo Social House iaitu Mikey Foster selepas bekerjasama menerusi lagu terbaharunya, Boyfriend.

Menurut laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Ariana dan Mikey sememangnya mempunyai hubungan rapat namun mereka belum sampai peringkat bercinta.

"Mereka sangat seronok meluangkan banyak masa bersama tapi sebenarnya hubungan mereka belum boleh dianggap sebagai pasangan kekasih seperti yang diperkatakan," katanya menerusi laporan The Blast.

Peminat mula menghidu hubungan rapat Ariana dan Mikey pada Jun lalu ketika sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi lagu Thank You, Next itu yang ke 26 pada 26 Jun lalu.

Ariana Grande, Mikey Foster

Artikel Lain