suria

Setahun terlantar gara-gara pembedahan plastik, Kwanghee dedah mahu 'buang' dagu

Kwanghee mengakui berhasrat menjalani pembedahan plastik pada bahagian dagu.

MESKIPUN pernah terlantar selama satu tahun di hospital gara-gara pembedahan plastik yang dilakukannya sebelum ini, penyanyi Kwanghee mengakui tidak serik malah berhasrat untuk melakukan lebih banyak perubahan pada wajahnya.

Menurut laporan Koreaboo.com, penyanyi itu menerusi sebuah wawancara radio tempatan menyatakan hasratnya untuk 'mengikis' bahagian dagunya yang kelihatan semakin panjang lebih-lebih lagi selepas kehilangan berat badan.

"Sejak saya kehilangan berat badan, dagu saya kelihatan semakin panjang," katanya.

Kwanghee mendakwa dagunya kelihatan semakin panjang lebih-lebih lagi selepas penurunan berat badan yang dialaminya.

Tambah Kwanghee, ia bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan gara-gara jadual kerjanya yang cukup padat.

"Saya sudah lama memikirkan mengenainya dan berhasrat untuk membuat pembedahan itu.

"Tetapi saya betul-betul tiada masa untuknya.

"Saya nekad melakukan pembedahan jika saya diberi cuti selama satu bulan oleh agensi," katanya.

Kwanghee, pembedahan plastik

Artikel Lain