suria

BTS, Taylor Swift antara selebriti miliki 'followers' palsu paling banyak di Instagram!

Taylor Swift disenaraikan sebagai salah seorang selebriti yang memiliki bilangan pengikut palsu paling tinggi di Instagram.

INSTAGRAM merupakan platform media sosial yang cukup popular dalam kalangan selebriti untuk berkongsi gambar dan video mengenai aktiviti mereka untuk tatapan peminat.

Malah populariti mereka turut diukur melalui jumlah pengikut di laman sosial.

Namun, sutu perkara yang amat mengejutkan didedahkan aplikasi IG audit, Internet Control Message Protocol (ICMP) adalah mengenai pengikut palsu yang dimiliki golongan selebriti antarabangsa.

Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dan pengacara terkenal Ellen DeGeneres dikatakan antara selebriti yang memiliki pengikut palsu paling banyak selain Ariana Grande, BTS dan Drake.

Menurut laporan Allkpop.com, siasatan yang dilakukan menunjukkan Ellen mempunyanyi pengikut palsu paling tinggi iaitu sebanyak 58 peratus di laman Instagram diikuti kumpulan Kpop, BTS iaitu sebanyak 47 peratus manakala Kourtney Kardashian dan Taylor Swift masing-masing sebanyak 46 peratus.

Antara selebriti yang memiliki jumlah pengikut palsu paling banyak.

Sementara itu, Kim Kardashian dan adik perempuannya Khloe Kardashian masing-masing memiliki 44 peratus pengikut yang didaftarkan sebagai akaun palsu.

Antara nama-nama selebriti popular lain yang turut disenaraikan ICMP adalah Ariana Grande iaitu sebanyak 46 peratus, Miley Cyrus 45 peratus, Kevin Hart 44 peratus dan Drake 38 peratus.

Dalam pada itu, isteri kepada Nick Jonas yang juga pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra turut terpalit dengan isu itu.

Namanya tersenarai dan dia dianggarkan memiliki 43 peratus pengikut palsu di Instagram.

Kim Kardashian, BTS

Artikel Lain