suria

Tak sampai lapan bulan berkahwin... Miley Cyrus, Liam Hemsworth umum berpisah

Miley akhirnya mengumumkan berita perpisahan dengan Liam Hemsworth.

PELAKON dan penyanyi Miley Cyrus mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan suaminya, Liam Hemsworth selepas hanya lapan bulan berkahwin.

Menurut laporan People.com, keputusan untuk berpisah itu dibuat secara baik oleh Miley dan Liam selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.

Pasangan ini berharap dapat melalui detik menyedihkan itu tanpa sebarang spekulasi yang mampu memburukkan keadaan kerana masih mahu mengekalkan hubungan baik dan menghormati antara satu sama lain.

Khabar angin mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi selebriti itu mula bertiup kencang apabila Miley melalui sebuah posting di laman Instagram miliknya dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan di jari manisnya.

Miley kini sedang bercuti di Itali.

Perpisahan Miley dan Liam juga didakwa berpunca daripada sifat buruk Miley yang menyukai pasangan sejenis.

Lebih menguatkan dakwaan apabila Miley dilihat sedang berseronok bercuti di Itali bersama seorang wanita dikenali sebagai Kaitlynn Carter.

Untuk rekod, Miley dan Liam sebelum ini melangsungkan perkahwinan secara rahsia pada 23 Disember 2018 dalam majlis yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat.

Miley Cyrus, bercerai

Artikel Lain