suria

Ayu Ting Ting korbankan Si Ganteng, bapa pula doa anak dapat suami kacak

Ayu Ting ting mengorbankan tujuh ekor lembu, termasuk lembu peliharaanya yang diberi nama Ganteng.

PENYANYI dangdut Indonesia Ayu Ting Ting antara selebriti yang sering mengerjakan ibadah korban setiap tahun.

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sik Asik ini mengorbankan sebanyak tujuh ekor lembu dan seekor kambing sebagai meraikan kedatangan Hari Raya Aidiladha yang dianggap istimewa tahun ini.

Malah, lembu seberat satu tan yang dipelihara Ayu dan diberi nama Ganteng (kacak) juga turut dikorbankan tahun ini.

"Semalam saya korbankan tiga ekor lembu dan seekor kambing. Hari ini dapat korbankan empat ekor lembu termasuk lembu yang saya bela.

Bapa Ayu mendoakan anak perempuannya itu bertemu jodoh dengan seorang lelaki kacak.

"Alhamdulillah dapat rezeki lebih... jadi memberi juga harus lebih," ujarnya.

Sementara itu, bapa Ayu iaitu Abdul Rozak mendoakan agar Ayu bertemu jodoh dengan lelaki yang tampan, sama seperti nama lembu peliharaan yang dikorbankan anaknya itu.

"Kalau sudah lembunya sahaja Ganteng (kacak), Insyallah, suaminya juga kacak dan beriman," katanya.

Ayu sebelum ini pernah berkahwin dengan Enji atau nama sebenarnya Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun pasangan ini bercerai pada 27 Januari 2014 ketika Ayu sedang hamil anak pertama yang diberi nama Bilqis Khumairah. - Liputan6.com

Ayu Ting Ting, korban

Artikel Lain