PENYANYI Miley Cyrus menafikan sekeras-keras dakwaan dia berlaku curang terhadap bekas suami, Liam Hemsworth hingga membawa kepada kemusnahan rumah tangga. Malah menurut Miley, 27, dia sentiasa menyayangi Liam Hemsworth meskipun mereka sudah berpisah. "Saya boleh akui mengenai pelbagai kesilapan lalu yang pernah dilakukan, namun sesama sekali tidak akan mengaku bahawa perpisahan dengan Liam Hemsworth adalah berpunca daripada kecurangan saya. Papasan skrin mengenai penjelasan Miley Cyrus di Twitter. "Kami saling mengenali lebih daripada sedekad, kasih sayang antara kami sentiasa abadi. Saya sayangkan Liam buat selamanya. Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Wrecking Ball itu mengumumkan perpisahannya dengan suami hanya selepas lapan bulan berkahwin. Lebih teruk apabila pelbagai spekulasi timbul selepas perpisahan mereka dikaitkan dengan tabiat uruk Miley yang didakwa menjalinkan hubungan cinta sesama jenis.