suria

Taylor Swift enggan kongsi kisah peribadi dengan Joe Alwyn kepada peminat

Taylor merahsiakan hubungan cinta bersama Joe Alwyn daripada pengetahuan umum.

PERNAH beberapa kali berdepan kegagalan dalam bercinta, penyanyi Taylor Swift mengakui tidak mahu terlalu terbuka untuk berkongsi kisah peribadi, terutama hubungan cinta dengan pelakon terkenal, Joe Alwyn.

Penyanyi lagu berjudul Me! itu sudah serik apabila kisah cintanya sebelum ini digembar-gembur sesetengah pihak sehingga ia memberi kesan buruk dalam kehidupannya.

"Saya sudah serik untuk berbicara soal cinta. Jika saya berkongsi mengenai hal itu, peminat akan mula fikir mereka boleh berbicara mengenainya.

"Tidak... hubungan cinta kami bukan untuk dibincangkan oleh sesiapa.

Taylor enggan berkongsi kisah cintanya kepada umum.

"Dengan cara itu, kehidupan saya akan jadi lebih tenang," katanya.

Penyanyi yang baharu sahaja melancarkan album ke tujuh berjudul Lover ini menjelaskan mengenai perkara itu menerusi temubual bersama The Guardian's Weekend pada Sabtu.

Taylor dan Joe telah menjalinkan hubungan cinta sejak pertengahan Mei 2017 namun memilih untuk merahsiakan hubungan itu daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun, pasangan romantik itu sering dilihat muncul ke beberapa majlis berprestij di Hollywood bersama-sama.

Taylor Swift, Joe Alwyn

Artikel Lain