suria

“Tiada belas kasihan!” - Agensi pengurusan BTS ambil tindakan terhadap komen jahat netizen

Big Hit Entertainment akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemarkan nama baik BTS. Foto: Allkpop

AGENSI yang menguruskan kumpulan BTS iaitu Big Hit Entertainment sekali lagi menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan provokasi dan komen jahat terhadap artis naungan mereka.

Menerusi kenyataannya di laman sosial, agensi tersebut mengeluarkan notis memaklumkan mengenai perkembangan terkini beberapa laporan yang diterima sejak awal tahun ini.

"Kami secara teratur mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah jahat, penyebaran berita palsu, serangan peribadi dan tuduhan mencemarkan nama BTS berdasarkan prosedur dalaman kami sendiri," katanya.

"Sekarang kita dalam proses mengambil tindakan terhadap muat naik yang telah dikumpul sejak awal tahun ini.

"Data dikumpulkan melalui pemantauan kami sendiri bersama akaun Big Hit dan laporan akan diserahkan kepada polis, yang akan menyiasat berdasarkan data," katanya.

Sementara itu, Big Hit berkata mereka tidak akan memaafkan pelaku tersebut dan akan meneruskan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan nama baik artis mereka.

"Seperti biasa, kami tegaskan tiada sebarang belas kasihan atau tawaran. Kami meminta kerjasama peminat dan akan bekerja keras melindungi hak-hak artis kami," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Big Hit mengingatkan pengguna laman sosial supaya tidak menulis sesuatu yang tidak tepat sehingga boleh menimbulkan fitnah terhadap kumpulan berkenaan.

SUMBER: Allkpop

BTS, Big Hit Entertainment

Artikel Lain