suria

Kangnam berkahwin Oktober ini, pilih atlet Olimpik sebagai pasangan hidup

Kangnam memilih atlet papan selaju sebagai pasangan hidupnya.

PENYANYI Kangnam bakal menamatkan zaman bujang apabila memilih atlet sukan skateboard iaitu Lee Sang Hwa sebagai pasangan hidupnya apabila mengumumkan bakal berkahwin pada 12 Oktober ini.

Menerusi laporan Soompi, Kangnam yang kini lebih terbuka berkongsi kepada umum mengenai hubungannya itu Mac lalu sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk majlis perkahwinannya.

"Lee Sang Hwa memiliki personaliti yang menarik dan dia sangat comel.

"Sejujurnya sebelum ini saya tak dapat membuat apa-apa persiapan untuk perkahwinan kerana khuatir akan timbul pelbagai spekulasi.

Lee Sang Hwa merupakan salah seorang atlet yang pernah mewakili Korea Selatan dalam temasya sukan Olimpik.

"Tapi kini saya tak perlu risau kerana saya sudah berkongsi tarikh perkahwinan kami dan saya boleh membuat persiapan dengan tenang," ujarnya.

Tambahnya, dia kini sedang mencari rumah baharu demi memberi keselesaan kepada bakal isterinya, Lee Sang Hwa.

"Kami juga sedang mencari rumah yang selesa untuk tinggal bersama termasuk pelbagai kelengkapan lain.

"Saya dan Lee merancang untuk membina kehidupan yang bahagia. Selama ini dia sudah bekerja keras di atas pencapaian dalam kariernya dan kini tiba masa untuk saya lihat dia bahagia," katanya.

Kangnam, Lee Sang Hwa

Artikel Lain