suria

Marshanda imbau kenangan pertama kali jumpa Nia Ramadhani, “Kamu sangat cantik… sumpah tak tipu”

Nia Ramadhani dan Marshanda pernah bergandingan dalam drama pada awal tahun 2000. Foto: Tribunnews

UMUM mengetahui pelakon Nia Ramadhani dan Marshanda sudah mengenali antara satu sama lain sejak mereka masih awal remaja lagi.

Kedua-dua mereka pernah membintangi satu drama yang sama ketika di awal pembabitan sebagai pelakon.

Menurut laporan Tribunnews, kedua-dua pelakon ini berkongsi mengenai kisah persahabatan mereka semasa menjadi tetamu dalam program Ngopi Dara, baru-baru ini.

Masing-masing membuka cerita lucu ketika mereka dipertemukan di set penggambaran sinetron Bidadari dan menjadi pelakon semasa masih bergelar pelajar sekolah.

Ketika itu masing-masing belum mengenali antara satu sama lain dan terlalu baharu dalam industri hiburan.

Nia Ramadhani juga sempat mengusik sama ada Marshanda menyedari kehadirannya di set lokasi.

"Iya lah! Kamu tahu apa saya fikir? Wow cantik! Sumpah saya tak tipu!," jawab Marshanda.

SUMBER: Tribunnews

Marshanda, Nia Ramadhani

Artikel Lain