suria

Tab mandi penuh buih, foto Siti Badriah mandikan suami undang perbalahan netizen

Siti Badriah berkongsi foto mesra bersama suami mengundang pelbagai komen daripada netizen.

TINDAKAN penyanyi Siti Badriah memuat naik foto sedang memandikan suami, Krisjiana Baharudin di Instagram mengundang rasa cemburu netizen.

Umum mengetahui Siti Badriah merupakan salah seorang selebriti yang kerap berkongsi kemesraan bersama suaminya di media sosial.

Menurut laporan Liputan6, ramai peminat dan pengikut meluahkan rasa cemburu dan turut mahukan pasangan yang mampu melayan mereka seperti itu.

"Sweet sangat! Ya Allah cemburu saya melihat.

"Sangat romantik pasangan ini, saya jadi jatuh cinta dengan mereka berdua.

"Suka sangat dengan pasangan ini, teruskan kemesraan kalian ya," komen peminat.

Meskipun dihujani komen pujian, namun masih ada yang berasa kurang senang dengan tindakan Siti Badriah dan suami.

"Walaupun dah halal, tak elok buat begitu. Berlebih-lebih," kata seorang pengikut.

Penyanyi Lagi Syantik berkahwin dengan Krisjiana pada 25 Julai lalu.

SUMBER: Liputan6

View this post on Instagram

Mandiin bayi badak ?

A post shared by Siti Badriah (@sitibadriahh) on

Siti Badriah

Artikel Lain