PENYANYI popular berasal Sepanyol, Joana Sainz García meninggal dunia semasa menjayakan konsert di sebuah festival muzik di Las Berlanas, Sepanyol pada Selasa. Menurut laporan Newsweek, Joana mengalami kecederaan pada tubuh setelah terkena bunga api yang digunakan untuk persembahan di atas pentas. Joana, 30, ketika itu sedang membuat persembahan bersama Super Hollywood Orchestra dan tiba-tiba api keluar dari piroteknik (alat mengawal bunga api) menyambarnya yang berada di atas pentas. Dia jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan. Difahamkan kejadian itu berlaku ketika konsert malam penutup festival yang telah berlangsung selama empat hari. Wtf?! ? Spanish pop star singer Joana Sainz Garcia (30) has died after being hit by an exploding firework during a concert last night. #dumbelivable pic.twitter.com/IfmNgh9AmE — Nic Paul Enache (@nicpaulenache) September 2, 2019 Sementara itu, penganjur memaklumkan majlis penutup festival itu dihadiri lebih seribu pengunjung dan pihak mereka telah menyediakan badan penyelamat jika berlaku sebarang kecemasan. Bagaimanapun, mereka masih belum mengetahui punca tragedi itu berlaku pada malam tersebut. Malah, selama lima tahun menganjurkan festival itu, tiada sebarang kejadian buruk berlaku. "Tak ada apa yang nak dijelaskan, kita dah anjurkan pertunjukan yang sama selama lima tahun," kata penganjur Isidoro Lopez. SUMBER: Variety