BINTANG YouTube terkenal, Atta Halilintar yang memiliki lebih 19 juta pengikut di saluran itu memberitahu terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan sebelum dikenali. Atta mendedahkan tekanan daripada pengikut yang mahukan kandungan baharu setiap hari juga menjadi salah satu cabaran kepadanya. "Sebenarnya, ketika saya menjadi seorang content creator, saya sudah memiliki pengikut yang melanggan atau mengikuti karya-karya saya dan antara perkara yang membebankan adalah tekanan dari mereka, "Mereka mahu video-video baru setiap hari secara berterusan," katanya. Atta Halilintar berkongsi cabaran sepanjang menjadi YouTuber. Tambah Atta, pengikut-pengikutnya tidak pernah memikirkan tentang masa rehat yang diperlukan olehnya terutama dalam mencari idea untuk video baharu. "Kita perlu terus-terusan menghasilkan video untuk mereka. Ibarat, aku sudah melanggan, aku tidak peduli, aku ingin video seterusnya," kata Atta. Tidak hanya itu, dia juga sering kecaman oleh netizen yang melabelkan video-videonya sebagai karut dan kekurangan idea. Dia mengaku sukar untuk mengimbangi kandungan pendidikan dan dalam masa yang sama mampu menarik lebih banyak views. Mereka mahu video-video baharu setiap hari secara berterusan. ATTA HALILINTAR Bintang YouTube Namun, Atta berkata, dia bersyukur kerana penat lelahnya kini berhasil apabila ramai masyarakat Indonesia menghargai karya-karyanya. "Bagi saya semua itu tidak mudah. Tapi saya yakin ramai masyarakat Indonesia masih sokong saya. Mungkin dulu saya hanya orang biasa, tapi sekarang saya mampu memberi pekerjaan kepada orang lain," katanya. Sumber - Liputan6.