KEMUNCULAN bintang popular, Bae Su-ji atau lebih dikenali sebagai Suzy yang tampil dengan imej berselendang menarik perhatian netizen di laman sosial Twitter pada Khamis. Beberapa keping foto Suzy mengayakan hijab itu tersebar selepas stesen televisyen Korea SBS memuat naik sedutan belakang tabir drama siri terbaharunya berjudul Vagabond. Menerusi drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Suzy bakal bergandingan dengan pelakon Lee Seung Gi. Rata-rata netizen tidak mengenali pelakon cantik itu sehingga menyangka seorang hijabista. FOTO - SBS Pelakon itu tampil dengan gaya bertudung disebabkan lokasi penggambaran dilakukan di Maghribi, Morocco yang mana majoriti penduduknya beragama Islam. Rata-rata netizen memuji penampilan Suzy yang kelihatan lebih sopan dan menghormati masyarakat Islam di negara itu. Vagabond merupakan kemunculan semula Suzy selepas dua tahun menyepi, manakala pertama juga bagi Lee Seungi selepas pulang daripada latihan ketenteraan. Lee Seung Gi dan Suzy sekali lagi digandingkan bersama untuk kali kedua menerusi drama Vagabond. Pasangan ini kelihatan sangat serasi kerana mereka pernah berkerjasama dalam membintangi drama sebelum ini berjudul Gu Family Book. SUMBER - kapanlagi.com