WALAUPUN, sering memuat naik gambar dan video anaknya di laman sosial, Kang Gary dilihat menjaga privasi dan tidak mendedahkan wajah anaknya untuk tontonan umum. Hampir kesemua gambar yang dimuat naik oleh Gary hanyalah mempamerkan bahagian belakang ataupun posisi tepi kanak-kanak itu. Kelihatan Gary sedang memerhati anaknya bermain. Namun, menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun instagram miliknya pada Khamis, Kang Gary akhirnya mendedahkan wajah anak lelaki kesayangannya buat pertama kali setelah hampir dua tahun. Penyanyi rap dari Korea Selatan itu pernah mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan kelahiran bayi sulungnya pada November 2017 selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Posting tersebut turut mendapat perhatian netizen selain dibanjiri komen positif peminatnya. Rata-rata peminat menyifat penyanyi rap itu seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab. Terdahulu, beliau juga pernah digosipkan akan hubungan cinta bersama pelakon cantik Song Ji Hyo menerusi rancangan Runningman sehingga mendapat gelaran 'Monday Couple'.