suria

Selena Gomez simpan perasaan terhadap Cole Sprouse dan Juan ketika usia 11 tahun

Selena dan Cole sebelum ini kerap meluangkan masa bersama ketika mereka di zaman kanak-kanak.

PENYANYI Selena Gomez mendedahkan dia pernah menyimpan perasaan terhadap pelakon Cole Sprouse dan seorang lelaki misteri bernama Juan.

Menerusi laman Instagram Selena mengakui dia yang ketika itu berusia 11 tahun berasa keliru untuk memilih sama ada Cole Sprouse atau Juan.

"Nampaknya hati saya sangat bercelaru nak pilih antara Juan dan Cole Sprouse ketika usia saya 11 tahun," tulis Selena.

Selena kongsi video tulisannya ketika berusia 11 tahun.

Selena memuat naik video yang memperlihatkan namanya dengan Cole dan Juan dalam bentuk cinta yang ditulis di pintu biliknya.

Rata-rata peminatnya mahu mengetahui siapa individu di sebalik nama Juan itu dan bertanyakan adakah lelaki itu sudah berkahwin atau belum.

Sebelum ini, Selana dan Cole pernah membintangi dalam program The Disney Channel dan dikatakan ketika itu mereka kerap meluangkan masa bersama.

Selena Gomez, Cole Sprouse, Juan

Artikel Lain