suria

Demi Moore dakwa dirogol ketika umur 15 tahun

Pelbagai kisah suka dan duka dikongsikan Demi Moore menerusi memoir 'Inside Out'.

PELAKON Demi Moore mengakui masih terkesan dengan tragedi yang pernah menimpanya empat dekad lalu apabila dia dirogol pada usianya 15 tahun.

Memetik laporan The New York Times, Demi, 56, mendedahkan dengan lengkap mengenai kisah hitamnya itu menerusi memoir, Inside Out.

Selain berkaitan ganguan seksual pada usia remaja, naskhah tersebut turut menceritakan tentang rintangan dan cabaran sepanjang kehidupannya bermula daripada zaman kanak-kanak sehingga bergelar bintang Hollywood.

Buku biografi ini turut mengisahkan tentang  pengalamannya menyusuri alam perkahwinan bersama dua orang bekas suaminya yang juga aktor terkenal, Ashton Kutcher dan Bruce Willis.

Pelakon filem Blind ini bagaimanapun menjelaskan dia berasa 'terlalu terbuka' selepas berkongsi maklumat mengenai kehidupan peribadi di dalam buku biografi tersebut.

Namun, pelakon kelahiran Amerika Syarikat ini menjelaskan bahawa menulis buku itu adalah sesuatu yang mahu dilakukannya untuk 'mencari semula' dirinya.

"Ia menarik, namun saya berasa sangat terbuka.

"Saya terpaksa memikirkan mengapa melakukan ini, ia lebih membangkitkan kisah silam berbanding membuat kemunculan semula," katanya kepada The New York Times.

demi moore, rogol

Artikel Lain