suria

Adele dah 'move on', bikin lagu ceria selepas bercerai

Adele mahu menceritakan perkara yang indah tentang perkahwinannya terdahulu. Foto: Elle

SELEPAS episod hitam perceraian, penyanyi Adele bakal muncul dengan lagu baharu berentak lebih rancak dan ceria.

Menurut laporan Aceshowbiz, Adele enggan lagi terbawa-bawa dengan emosi sedih dalam lagu dan hanya mahu berkongsi hal yang indah dalam perkahwinannya sebelum ini.

"Lagu terbaharunya itu berkonsep lebih ceria dan menceritakan tentang hubungan Adele dengan bekas suami, Simon.

ARTIKEL BERKAITAN: Adele sah cerai, peminat ternanti lagu 'air mata' baharu

"Ia memberikan semangat, mencerminkan saat indah dan tentang sebuah peralihan kehidupan mereka sehingga menjadi kenangan baharu.

"Lagu itu ibarat terapi baginya dan dia menyertakan sekali perasaannya dalam muzik tersebut. Peminat pasti dapat merasakan sesuatu yang lebih peribadi dalam albumnya itu nanti," kata sumber terdekat.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu Adele sudah menyerahkan lagu tanpa tajuk itu ke syarikat rakaman dan ia bakal dilancarkan pada November depan.

Pada 20 April lalu, penyanyi lagu Hello ini mengesahkan dia dan suami, Simon Konecko sudah bercerai dan tidak lagi bersama.

Adele, 30, berkahwin secara rahsia dengan usahawan berusia 45 tahun itu pada tahun 2016 selepas lima tahun bercinta.

SUMBER: Elle

Adele, Simon

Artikel Lain