suria

Tahniah! Rain timang anak perempuan kedua

Rain dan Kim Tae Hee selamat menyambut kelahiran puteri kedua mereka pada Khamis.

ISTERI kepada pelakon terkenal Rain iaitu Kim Tae Hee selamat melahirkan bayi perempuan kedua mereka di sebuah pusat perubatan di Seoul pada Khamis.

Memetik laporan dari Soompi, pengurusan selebriti itu mengesahkan berita gembira itu dan memberitahu Kim Tae Hee serta bayinya dalam keadaan sihat.

"Hi, ini kenyataan dari agensi Kim Tae Hee, Story J Company. Kami ingin berkongsi berita gembira pasangan selebriti ini selamat menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Pasangan ini berkahwin pada Januari 2017.

"Kim Tae Hee selamat melahirkan bayi perempuan kedua yang sihat pada pagi, Khamis di sebuah hospital, Seoul. Ibu dan bayi kini dalam keadaan sihat dan mereka masih perlu rehat secukupnya.

"Kami berterima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan Kim Tae hee akan kembali bekerja dan menjadi pelakon terbaik selepas ini," katanya.

Kim Tae Hee dan Rain mendirikan rumah tangga pada Januari 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan pertama pada Oktober 2017.

Kim Tae Hee, Rain

Artikel Lain