suria

“Wanita zaman sekarang memang suka kita punya” - Ada yang cuba rampas suami Laudya Cynthia Bella?

Laudya Cynthia Bella enggan lagi berkongsi foto suami di laman Instagram. Foto Instagram @laudyacynthiabella

PELAKON Laudya Cynthia Bella menegaskan dia tidak mahu lagi memuat naik foto bersama suami, Engku Emran di laman sosial.

Menurut laporan Hot Detik, Laudya berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang jika suaminya itu menjadi sasaran wanita perampas.

"Insya-Allah ini muat naik terakhir! sama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka suka mahu sama yang kita punya.

"Kalau memang nak, mintanya dekat Allah ya mbak, tante, de (kakak, makcik, adik)," katanya menerusi Instastory.

Perkongsian Laudya di Instasory miliknya pada Jumaat.

Menerusi laman tersebut, Laudya memuat naik foto bersama Engku Emran bertarikh 8 Julai 2018.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus mengenai bentuk gangguan yang diterima oleh suaminya itu.

Laudya dan Engku Emran bernikah pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Malaysia.

SUMBER: Hot Detik

Artikel Lain