suria

Anak harap 50 Cent mati cepat, hubungan makin keruh

Hubungan antara 50 Cent anaknya dilihat semakin keruh.

KENYATAAN anak sulung penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, 50 Cent iaitu Marquise Jackson di Instagram mengejutkan banyak pihak.

Walaupun hubungan dingin antara mereka sudah diketahui umum, namun mesej Marquise, 21, yang mengharapkan kematian bapanya yang terkenal dengan lagu In Da Club itu dilihat agak keterlaluan.

"Saya mengharapkan kematian kamu," tulis Marquise.

Antara luahan Marquise Jackson di Instagram. Foto: theshaderroom

Dalam pada itu, Marquise yang juga anak hasil hubungan 50 Cent bersama bekas teman wanitanya iaitu Shaniqua Tompkins meminta agar penulis lagu dan penyanyi terkenal itu agar menjadikan seorang penyanyi rap iaitu Tekashi 6ix9ine sebagai anaknya.

"Jadikan sahaja Tekashi 6ix9ine sebagai anak kamu," tambahnya.

50 Cent dan Tekashi 6ix9ine sering dilihat meluangkan masa bersama.

Hubungan 50 Cent atau nama sebenarnya Curtis James Jackson III dan anaknya itu dilaporkan sudah keruh sejak sekian lama.

Malah dia pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia tidak akan ambil kisah jika anaknya itu dilanggar bas pada November 2018.

Untuk rekod 50 Cent, 44, mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Sire Jackson, hasil hubungannya dengan Daphne Joy.

Sumber: hollywoodlife

50 cent

Artikel Lain