suria

Rupa-rupanya Selena Gomez budak 'nerd', hampir jadi mangsa buli di sekolah

Selena suka menyendiri ketika di zaman persekolahannya.

PENYANYI Selena Gomez mendedahkan dia seorang yang nerd (skema) dan tidak mempunyai kawan ketika di zaman persekolahan sebelum mengikuti homeschooling (belajar dari rumah).

Menurut Selena, dia terselamat daripada menjadi mangsa buli di sekolah disebabkan sepupunya adalah ketua pasukan sorok.

"Saya pernah masuk sekolah biasa sebelum belajar dari rumah. Jika bukan kerana sepupu saya ketua pasukan sorok, sudah tentu saya menjadi mangsa buli.

Selena Gomez.

"Sebab ketika itu saya seorang yang sangat nerd dan suka menyendiri," kata Selena.

Penyanyi lagu Back To You ini berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu program BFF Raquelle Stevens bersama dua rakan baiknya, Ashley Cook dan Courtney (Barry) Lopez.

Sumber - Hollywoodlife.com

Selena Gomez

Artikel Lain