suria

Mulan Jameela nafi fail cerai terhadap Ahmad Dhani, rumah tangga didakwa goyah selepas dilantik ahli Dewan Indonesia

Mulan menafikan tuduhan dia memfailkan cerai terhadap Ahmad Dhani.

PENYANYI Mulan Jameela menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai dia memfailkan cerai terhadap suami, Ahmad Dhani seperti yang dilaporkan sebuah akbar tempatan negara itu.

Menyifatkan ia sebagai fitnah, Mulan memberitahu berita mengenai keretakan rumah tangganya itu adalah tidak benar dan ia ditulis tanpa sebarang temubual.

"Buat pertama kalinya TribunNews membuat berita bohong dan fitnah terhadap saya.

"Berita itu ditulis tanpa menjalankan sebarang temubual.

"Terima kasih, mudah-mudahan mereka memperoleh rezeki yang berkat!" tulisnya.

Mulan meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah portal berita tempatan negara itu menerusi posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Khamis.

Mulan meluahkan rasa kesal dengan memuat naik posting di Instastory miliknya pada Khamis.

Laporan itu menulis, hubungan rumah tangga Mulan dan Ahmad Dhani mula goyah selepas penyanyi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi itu tercalon sebagai anggota dewan di negara Republik itu.

Dalam perkembangan lain, Mulan dilihat sering meluahkan rasa rindu terhadap Ahmad Dhani yang kini sedang menjalani hukuman penjara di LP Cipinang, Jakarta.

Pada Januari lalu, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial. - Liputan6.com

Mulan Jameela, Ahmad Dhani, cerai

Artikel Lain