suria

Jurugambar tunjuk kemaluan, tawar Cardi B kalau nak muka keluar ‘front page’ majalah

Cardi B mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu mula-mula berjinak dalam industri hiburan.

PENYANYI rap Cardi B mendedahkan sisi gelap kehidupannya sebagai seorang selebriti terkenal yang sebenarnya tidak seindah seperti disangkakan.

Menurut Cardi, dia tidak akan pernah melupakan kejadian gangguan seksual yang dialaminya sewaktu pertama kali hadir bagi menjalani sesi penggambaran sebuah majalah terkenal Hollywood.

"Tidak! Saya tak akan pernah melupakan mengenai kejadian itu.

"Ia berlaku sewaktu saya mula berjinak-jinak dalam industri hiburan.

"Seorang jurugambar bertanyakan kepada saya kalau saya mahu wajah saya menghiasi muka depan majalah berkenaan sambil dia menunjukkan kemaluannya kepada saya.

Cardi B mendedahkan sisi gelap kehidupan glamor yang dijalaninya.

"Waktu itu saya amat marah!" ujarnya.

Cardi mendedahkan perkara itu menerusi wawancara eksklusif sebuah stesen televisyen bagi rancangan Untold Stories of Hip Hop.

Dalam pada itu, Cardi menjelaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan identiti mana-mana individu sekiranya berdepan perkara sama.

"Oh tak mungkin! Saya tak teragak-agak untuk membongkarkan identiti anda di Instagram saya," katanya yang kini memiliki lebih 50 juta pengikut.

Menerusi rancangan yang bersiaran setiap Khamis itu Cardi turut berkongsi pelbagai kisah kehidupannya bergelar selebriti termasuk hubungan cinta dengan bekas suami, Offset dan beberapa insiden yang mengancam nyawanya. - E!Online.com

Cardi B, seksual

Artikel Lain