suria

Nick Jonas ada perangai pelik! Suka tenung wajah Priyanka Chopra bangun tidur

Biarpun tidak selesa Nick tenung wajahnya apabila bangun tidur namun Priyanka beranggapan ia sesuatu yang romantik. -FOTO Reuters

PELAKON Priyanka Chopra Jonas mendedahkan sikap suami, Nick Jonas yang suka merenung wajahnya ketika baru bangun tidur.

Menurut Priyanka, biarpun apa yang dilakukan suaminya itu membuatkan dia tidak selesa namun menganggap ia sesuatu yang romantik.

Malah, Priyanka turut memberitahu seorang suami perlu berkelakuan seperti itu biarpun akan menyebabkan isteri berasa kekok.

"Sebenarnya saya agak tidak suka tapi dia tetap nak juga tengok muka saya apabila saya bangun tidur. Saya akan minta dia tunggu sekejap untuk pakai maskara dan pelembap muka.

Video Nick sedang FaceTime dengan isterinya menarik perhatian peminat.

"Sebab saya tak selesa dengan keadaan ketika itu tapi dia tetap tidak kisah. Perkara itu yang sepatutnya suami anda lakukan.

"Tapi ia juga boleh menyebabkan anda rasa kekok," katanya.

Baru-baru ini, video Nick sedang membuat panggilan video (FaceTime) dengan isterinya selepas konsertnya tamat menarik perhatian peminatnya yang gembira melihat pasangan bahagia itu.

Nick, 26, dan Priyanka, 36, berkahwin pada 1 Disember tahun lalu selepas beberapa bulan mengikatkan tali pertunangan.

Sumber - Hindustantimes.com

Priyanka Chopra, Nick Jonas

Artikel Lain