suria

Pernah jadi hamba seksual, Demi Moore dedah ibu jual pada harga RM2,000

Moore mendedahkan pernah dirogol sewaktu berusia 15 tahun.

PELAKON Demi Moore mendedahkan mengenai kegiatan terkutuk ibunya yang sanggup menjadikan dia sebagai hamba seks kepada seorang lelaki sewaktu berusia 15 tahun.

Tragedi hitam itu dikongsikan melalui memoir berjudul Inside Out.

Menurut Moore, ibunya Virginia King merupakan seorang penagih alkohol dan sering membawanya ke kelab malam.

Cerita Moore, sehingga pada suatu hari, dia menjadi mangsa gangguan seksual dan turut dirogol di dalam rumahnya sendiri.

"Suatu malam saya pulang ke rumah dan saya nampak ada seorang lelaki yang lebih berusia berada di dalam rumah ketika itu.

Moore mendedahkan tragedi hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya melalui memoir berjudul Inside Out.

"Selepas dirogol, lelaki itu memberitahu bahawa saya telah dijual oleh ibu.

"Ia adalah kejadian rogol! Paling teruk apabila mengetahui saya dijual ibu sendiri pada harga RM2,000!" tulisnya.

Selain itu, Moore turut berkongsi detik cemas sewaktu dia menyelamatkan ibunya yang pernah cuba untuk membunuh diri dengan memakan ubat tidur.

"Saya masih ingat ketika itu saya berusia 12 tahun.

"Ibu cuba membunuh diri dan saya menggunakan jari untuk mengorek keluar pil yang ditelan ibu demi menyelamatkan nyawanya," katanya lagi. - TheHollywoodgossip.com

Demi Moore, rogol

Artikel Lain