PELAKON sensasi Hollywood, Nicole Kidman mengalami kejadian memalukan apabila dia tidak sedar bedak di wajahnya tidak rata dan bercapuk sewaktu menghadiri Monte Carlo Gala di Monaco pada Khamis. Nicole atau nama sebenarnya, Nicole Mary Kidman AC, 52, tetap sering dijemput menghadiri ke event red carpet meskipun umurnya sudah mencecah 50-an. ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Mahu Beli Rumah Nicole Kidman, Keith Urban? Kejadian tersebut berlaku apabila jurusolek artis terlupa untuk memadamkan bedak atau teknik baking yang dioles pada wajah Nicole. Nicole menjadi lebih popular susulan kejadian mekapnya bercapuk. Walaupun solekan yang dikenakan pada Nicole nampak kemas, tetapi kesan tidak rata bedak putih kelihatan di sekitar bahagian hidung dan dahi semasa gambarnya diambil oleh jurukamera di karpet merah. Ternyata ini bukan kali pertama heroin filem Aquaman dimalukan kerana kecacatan solekan pada wajah, malah dia lebih dikenali melalui tragedi yang memalukan seperti itu. Terdahulu pelakon tersebut pernah terlibat dengan kejadian yang sama ketika menghadiri acara premier filem NINE pada tahun 2009.