suria

“Apa yang salah dengan tubuh badan saya?” - Celine Dion terima tempias 'body shaming' kerana terlalu kurus

Badan Celine Dion kurus kerana rajin bergerak dan rutinnya yang sibuk.

PENYANYI terkenal Hollywood, Celine Dion menerima tempias 'body shaming' kerana dilabel terlalu kurus oleh netizen.

Melalui wawancara bersama Entertainment Tonight, Celine atau nama sebenarnya Celine Marie Claudette Dion menegaskan bahawa tubuh badannya tidak pernah berubah sejak sekian lama.

"Apa yang salah dengan tubuh badan saya? Kalau cerita masa umur saya 12 tahun, memanglah wajah saya bulat ketika itu kerana banyak lemak masa muda.

Celine menjelaskan bahawa dia kurus sejak dulu lagi.

"Tapi saya memang kurus sangat sejak dulu," kata Celine Dion.

Dalam pada itu, Celine, 51, menjelaskan bahawa tubuh badannya nampak mengecil kerana rutin harian yang sibuk dan rajin bergerak.

Dalam perkembangan lain, Dion kini masih menyanyi dan mengadakan konsert jelajah Celine Dion Courage World Tour sejak September. 

SUMBER: People

Celine Dion, kurus

Artikel Lain