suria

Peminat pelik muat naik poster jual pakaian, Twitter Hyomin T-ara digodam!

Laman Twitter milik Hyomin digodam pihak tidak bertanggungjawab.

SALAH seorang ahli kumpulan T-ara iaitu Hyomin menjadi mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Twitter peribadi miliknya digodam pada Ahad.

Menurut laporan Koreaboo.com, media sosial menjadi kecoh selepas peminat yang mengikut Twitter penyanyi itu mula menyedari posting-posting pelik yang dimuat naik penyanyi itu.

"Ianya kelihatan seperti scam! Hyomin tak pernah berkongsi perkara begini di Twitter.

"Twitter Hyomin digodam!

"Pelik... biasanya dia hanya akan retweet berita dari sumber-sumber rasmi sahaja," tulis netizen.

Penyanyi itu sebelum ini dilihat hanya akan memuat naik Tweet berkongsi mengenai berkembangan diri dan karier dirinya sahaja.

Bagaimanapun, peminatnya dikejutkan dengan beberapa poster iklan menjual pakaian yang membanjiri laman rasmi Hyomin setiap dua jam.

Sehingga kini, akaun yang memiliki lebih 300,000 pengikut itu masih belum pulih.

Hyomin, Twitter

Artikel Lain