suria

Kantoi bercuti di Bali, peminat serbu Lee Min Ho

Lee Min Ho dikhabarkan berada di Bali bagi menjalani sesi fotografi sebuah majalah.

MEMETIK laporan media, selebriti terkenal Korea Selatan Lee Min Ho kini berada di Bali untuk menjalani sebuah penggambaran majalah di Pulau Dewata.

Foto bintang K-drama ini sempat dirakam oleh jurugambar bebas di lapangan terbang antarabangsa Bandara, Ngurah Rai, Bali pada Jumaat.

Kemunculan bintang K-Drama itu diserbu oleh peminat yang menghidu kehadirannya.

Bagaimanapun, Lee Min Ho tampil ringkas mengenakan padanan sweater dan seluar pendek hitam di lapangan terbang.

Kedatangan aktor berusia 32 tahun itu menggemparkan warga Twitter yang rata-ratanya terdiri daripada warganegara Indonesia.

Rata-rata netizen mengucapkan selamat datang kepada Lee Min Ho tanda mereka mengalu-alukan kehadirannya di Bali.

Beberapa tweet netizen yang teruja akan kedatangan Lee Min Ho di Bali.

"Abang Lee Min yang kacak sampai di Bali, semoga bersuka ria abang menjalani penggambaran. I love you.

"Selamat datang ke Bali, adakah cuma saya yang tertarik kepada artis Kpop yang memakai seluar pendek.

"Semalam apabila kesayangan saya, Lee Min Ho tiba di lapangan terbang antarabangsa, Ngurah Rai. Nikmati masa awak di Bali Abang Min Ho," tweet beberapa netizen di Twitter.

Beberapa netizen juga ada yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat melihat kedatangan Lee Min Ho secara langsung di Bali.

"Abang... teringin nak menyusul tetapi apakan daya," tulis seorang warga Twitter. 

Dalam perkembangan lain, Lee Min Ho bakal kembali berlakon dalam drama berjudul The King: The Eternal Monarch.

Lee Min Ho, Bali

Artikel Lain