suria

Tiga anggota Twice miliki hidung mancung tanpa pembedahan

Dahyun, Sana dan Chaeyoung antara anggota Twice memiliki wajah sempurna tanpa pembedahan plastik.

SELEBRITI Korea sememangnya terkenal mengubah wajah mereka dengan membuat pembedahan plastik.

Malah, sanggup menghabiskan wang ringgit demi mendapatkan kulit dan wajah yang cantik dan sempurna.

Namun, berbeza buat tiga anggota kumpulan yang sedang popular iaitu Twice dikatakan memiliki kecantikan wajah semula jadi walaupun tanpa mengenakan sebarang solekan.

Chaeyoung, Dahyun dan Sana memiliki wajah sempurna tanpa pembedahan.

Dahyun, Chaeyoung dan Sana antara anggota Twice yang dikatakan tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan untuk kelihatan cantik dan sempurna.

Ketiga-tiga mereka ini memiliki kulit yang cantik, kelopak mata yang besar dan hidung yang sangat mancung.

Sementara itu, peminat menyifatkan idola mereka ini berjaya membuktikan wajah dan rupa bukanlah ukuran untuk berjaya sebaliknya bakat yang dimiliki menjadi kunci kejayaan buat mereka. - Koreaboo.com

Dahyun, Sana, TWICE

Artikel Lain