suria

“Dia wanita baik dan berusaha jadi isteri yang setia” - Raffi Ahmad ulas hal rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran

Raffi menyifatkan Bella dan isterinya memiliki karakter yang sama iaitu tidak menghebohkan sebarang masalah rumah tangga. Foto: Grid.ID

KHABAR angin kononnya rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran kini sedang goyah turut mendapat perhatian aktor popular Indonesia, Raffi Ahmad.

Menurut laporan Grid.ID, Raffi menyifatkan Bella seorang wanita yang memiliki peribadi yang baik dan setia.

"Iya... dia sangat baik, dia juga setia. Dia sanggup berkorban, berpindah ke Malaysia dan tinggal disana.

"Dia menerima apa adanya dengan segala kekurangan dan itulah dia, luar dan dalam berusaha menjadi wanita dan isteri yang baik," katanya menerusi temubual program hiburan Insert Story pada Khamis.

Dalam pada itu, Raffi berpendapat bekas kekasihnya itu memiliki karakter yang sama dengan isterinya iaitu Nagita Slavina.

Katanya, kedua-dua wanita itu bijak menyembunyikan sebarang masalah membabitkan rumah tangga.

"Sebenarnya Nagita sama Bella itu sama, mereka jenis yang tak hebohkan masalah rumah tangga.

"Tahap kematangan mereka itu sama dan itu membuktikan mereka wanita yang baik," ujarnya.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan gosip kononnya hubungan rumah tangga Bella dan suami goyah kerana wujudnya orang ketiga.

Malah, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini pernah memberitahu tidak mahu lagi memuat naik foto bersama suami di laman sosial.

Ini berikutan dia bimbang jika suaminya itu menjadi sasaran wanita perampas.

SUMBER: Grid.ID

Artikel Lain