suria

Jalan bersendirian di pusat membeli-belah, Shawn Mendes tolak 'selfie' dengan peminat biadab

Tindakan Shawn bergegas pergi ketika peminat datang untuk bergambar dengannya dianggap kurang sopan.

TINDAKAN penyanyi Shawn Mendes 'melarikan diri' ketika peminat ingin bergambar bersamanya di sebuah pusat membeli-belah Kuala Lumpur mengundang kecaman netizen di laman sosial.

Seorang pengguna Twitter yang memuat naik rakaman video kejadian tersebut pada Isnin beranggapan penyanyi lagu Senorita itu bersikap kurang mesra terhadap peminatnya sendiri.

Namun menurut individu itu lagi, dia tidak pasti Shawn bertindak sedemikian disebabkan dirinya sememang bersikap sombong atau tidak mahu menarik perhatian orang ramai. 

"Ada yang pergi konsert sampai kena scam tiket. Tengoklah Shawn sombong atau dia tak nak tarik perhatian orang ramai.

Antara komen netizen.

"Aku pun tak tahu tapi ini sangat biadab!" tulisnya.

Video tersebut memperlihatkan seorang peminat datang secara mengejut dari belakang Shawn yang ketika itu sedang turun dari eskalator berseorangan.

Tanpa berkata apa-apa, kekasih kepada penyanyi Camila Cabello itu dilihat bergegas pergi apabila peminat itu mengeluarkan telefon bimbit untuk berswafoto dengannya.

Kemunculan Shawn di Malaysia adalah untuk menjayakan konsertnya iaitu Shawn Mendes The Tour Live In Kuala Lumpur yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Netizen pertahankan tindakan Shawn mengelak daripada bergambar dengan peminat.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mempertahankan Shawn Mendes dan beranggapan peminat itu yang bersikap biadab kerana ingin mengambil gambarnya tanpa izin.

"Selebriti tidak diwajibkan untuk memberi anda gambar dan mereka berhak mempunyai privasi. Terutamanya apabila bukan waktu mereka bekerja. Mereka tidak bersikap kurang sopan kerana menolak tapi anda biadab kerana menganggu ruang privasinya.

"Sudah tentu, pihak pengurusannya sudah menjelaskan tentang keselamatan. Bayangkan kalau dia mula melayan dan semua orang perasan, berkerumun dekat dia tanpa ada pengawal keselamatan. Boleh bawa masalah besar.

"Sebenarnya bukan salah Shawn. Lelaki itu yang kurang sopan tak minta izin nak ambil gambar. Tambahan pula, waktu itu dia mungkin tak nak diganggu," komen beberapa netizen.

Shawn Mendes

Artikel Lain