AKTRES Bollywood Deepika Padukone berkongsi momen lucu yang berlaku beberapa hari sebelum perkahwinannya dengan Ranveer Singh. Sama seperti bakal pengantin yang lain, Deepika turut menganjurkan parti bujang dan menjemput teman-teman menyertai acara tersebut. Menerusi temubual bersama Harper's Bazaar India, Deepika mengakui agak kuno dalam sesetengah perkara dan ada yang melabelkan dia sebagai wanita yang aneh. "Saya boleh dikatakan seorang yang memiliki perangai aneh. "Semasa hari untuk parti bujang itu, saya mencuci pakaian dua kali sehari, jadi itu kira peliklah kan?," katanya. Deepika bagaimanapun mengakui karakter itu berubah setelah dia mendirikan rumah tangga. "Sebelum ini saya agak sensitif... bertahun-tahun saya menyimpan perangai itu dalam diri tapi sekarang ini ekspresi diri lebih pelbagai. "Saya menjadi seorang yang lebih matang," ujarnya. Deepika dan Ranveer menjalinkan hubungan cinta sejak 7 tahun lalu dan berkahwin pada tahun 2018. Pasangan ini berkahwin secara tertutup di Lake Como, Itali. SUMBER: Grid.ID