suria

Peminat puji BTS hormat agama Islam, sanggup tangguh raptai persembahan demi beri laluan Azan berkumandang

Peminat memuji sikap ahli kumpulan BTS yang menghentikan sesi latihan ketika azan sedang berkumandang.

PEMINAT Kpop BTS memuji kumpulan itu apabila mereka memberhentikan raptai persembahan di sebuah stadium baru-baru ini bagi menghormati azan yang sedang berkumandang.

Kumpulan BTS yang membuat persembahan julung kalinya di tanah Arab itu pada Jumaat sepatutnya membuat latihan di Stadium Antarabangsa King Fadh.

Berikutan itu, ramai peminat telah menunggu di sekitar perkarangan stadium untuk mendengar sesi latihan mereka.

Bagaimanapun peminat kumpulan itu terkejut apabila stadium itu sepi tanpa sebarang muzik.

Mereka kemudiannya dimaklumkan bahawa BTS menghentikan seketika latihan konsert itu sebaik mendengar azan dilaungkan dari luar stadium berkenaan.

BTS akhirnya membuat konsert jelajah buat pertama kali di Riyadh selepas tertangguh sejak 2015.

Bagaimanapun, tindakan BTS itu bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila kumpulan itu sebelum ini pernah dilihat menjaga batas pergaulan antara peminat mereka yang beragama Islam.

Sebelum ini, konsert jelajah BTS di Riyadh, Arab Saudi ini menerima kritikan masyarakat di negara itu apabila lokasi yang berhampiran dengan kota suci Makkah.

Bagaimanapun hasrat peminatnya yang ingin menyaksikan konsert yang tertangguh sejak 2015 itu akhirnya terlaksana apabila BTS bakal menggegarkan Arab Saudi pada Jumaat. - Koreaboo.com

BTS, konsert jelajah

Artikel Lain