suria

Agensi tampil menjelaskan hubungan Park Ki Woong dengan penerbit drama

Park Ki Woong dikatakan bercinta dengan penerbit drama sejak empat tahun lalu.

PELAKON Park Ki Woong dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah dan penerbit drama MBC Rookie Historian Goo Hae Ryung.

Memetik Soompi, agensi Park Ki Woong menafikan artisnya dan wanita tersebut bercinta selama empat tahun seperti yang dilaporkan.

Menurut wakil agensi, Park Ki Woong dan wanita itu mempunyai hubungan yang rapat namun mereka hanya berkawan sahaja.

"Gosip mereka bercinta itu tidak benar. Mereka berdua hanya rakan rapat sahaja," kata wakil.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan dalam diam menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun dan mengambil keputusan untuk bekerjasama menerusi drama tersebut.

Park Ki Woong

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan