suria

Yoona Girl's Generation bimbang akaun IG cuba digodam buat kali kedua

Yoona menyuarakan kebimbangan terhadap cubaan seseorang menggodam akaun Instagram peribadi miliknya.

AKAUN Instagram peribadi milik salah seorang ahli kumpulan Girl's Generation iaitu Yoona sekali lagi cuba digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik, Yoona meluahkan rasa bimbang dan tidak selesa selepas beberapa akaun media sosial miliknya dikesan terdapat cubaan untuk mengakses masuk seseorang individu tidak dikenali.

"Perkara ini pernah terjadi sebelum ini... saya tak dapat nak masuk ke akaun Instagram dan ia terjadi sekali lagi kali ini.

"Apa yang perlu saya lakukan supaya insiden seperti ini tidak terjadi lagi... hal ini membuatkan saya berasa takut dan benar-benar tidak selesa.

"Ianya terjadi kepada akaun peribadi media sosial saya yang lain juga... akaun yang sering saya gunakan untuk mendekati peminat saya.

Yoona bersama ahli kumpulan Girl's Generation yang lain.

"Saya rasa perlu memaklumkan mengenai perkara ini kepada anda... saya takut, tolong lindungi saya," tulisnya.

Yoona memuat naik posting berkenaan melalui Insta story miliknya pada Sabtu.

Melalui muat naik itu, Yoona turut menyertakan sekeping gambar memaparkan mesej yang dihantar oleh Instagram mengenai cubaan seseorang untuk mengakses akaunnya itu.

Ini merupakan kali kedua akaun Instagram milik Yoona digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Kali pertama Yoona hampir kehilangan 10.2 juta pengikutnya selepas individu berkenaan bertindak menukar kata laluannya. - Koreaboo.com

Yoona, Girl's Generation

Artikel Lain