suria

Masuk campur hal rumah tangga? Laudya Cynthia Bella ‘block’ nombor Raffi Ahmad - “Saya tak simpan nombor dia”

Raffi memberitahu sudah tidak menyimpan nombor telefon Laudya Cynthia Bella. Foto: Tribunnews

NAMA pelakon Raffi Ahmad dan Laudya Cynthia Bella terus menjadi sebutan peminat di Indonesia apabila hubungan persahabatan mereka dikatakan mula dingin.

Ini berikutan Raffi dianggap mencampuri urusan rumah tangga Bella dan suami iaitu Engku Emran.

Bahkan sebelum ini, Laudya Cynthia Bella memberitahu sudah menyekat nombor telefon Raffi Ahmad di aplikasi Whatsapp.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita zaman sekarang memang suka kita punya” - Ada yang cuba rampas suami Laudya Cynthia Bella?

Menurut laporan TribunWow.com, Raffi semasa diundang menjadi tetamu dalam program Hot Shot berkata dia tidak mengetahui status hubungan persahabatannya dengan Bella.

Raffi turut memberitahu dia tidak lagi menyimpan nombor telefon bekas kekasihnya itu.

Raffi tidak tahu status hubungan persahabatannya dengan Bella.

"Tak tahu, saya dah lama tak ada nombor dia," katanya.

Suami kepada Nagita Slavina ini menjawab soalan wartawan yang ingin mendapatkan reaksinya berhubung tindakan Bella menyekat nombor miliknya.

Bagaimanapun, Raffi menyifatkan apa yang berlaku di antara dia dengan Bella adalah disebabkan salah faham.

Malah, dia mengakui sebelum ini tidak mengetahui sebarang hal membabitkan isu rumah tangga Bella dan suami.

SUMBER: TribunNews

Artikel Lain