suria

Ku Hye Sun dakwa ada bukti bekas suami curang, peguam Ahn Jae Hyun terpaksa buka mulut!

Ku Hye Sun mendakwa telah menghantar empat foto ke mahkamah. Foto: Soompi

TINDAKAN pelakon Ku Hye Sun memuat naik foto dipercayai seorang wanita mengenakan jubah mandi di laman Instagram telah mengundang spekulasi peminat.

Foto wanita tanpa mendedahkan wajah itu didakwa berkait rapat dengan isu perpisahannya dengan suami Ahn Jae Hyun.

Menurut laporan Soompi, Ku Hye Sun memuat naik foto itu bersama kapsyen mengenai lagu nyanyiannya berjudul Must I Die.

Namun netizen melihat daripada pandangan lain dan mengandaikan keterangan yang ditulis merupakan luahan hatinya berhubung isu perceraian.

"Ini sepatutnya gambar awal untuk sampul album Must I Die. Saya juga telah menyerahkan empat foto ke mahkamah," katanya.

Bagaimanapun, foto tersebut dipadam tidak lama kemudian.

Sementara itu, peguam Ahn Jae Hyun mengeluarkan kenyataan bahawa Ku Hye Sun cuba berbohong dengan mengeluarkan foto lama yang diambil oleh Ahn Jae Hyun sebelum mereka berkahwin.

Pada September lalu, Ku Hye Sun mendakwa dia dan Ahn Jae Hyun berpisah kerana orang ketiga.

SUMBER:  Soompi

Ku Hye Sun, Ahn Jae Hyun

Artikel Lain