BUKAN mudah bergelar seorang selebriti popular kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Selain peminat, artis juga terdedah dengan pelbagai ancaman daripada individu yang mempunyai niat jahat terhadap mereka. Justeru itu, ada yang sanggup melabur wang yang besar dengan mengupah pengawal peribadi atau bodyguard khusus menjaga keselamatan mereka. Ayuh kita baca empat selebriti Indonesia yang memiliki bodyguard sendiri! 1. Syahrini Penyanyi Syahrini mengakui dia mengupah pengawal keselamatan dan membawa mereka ketika menjayakan persembahan di luar kawasan. Menurut Syahrini, dia bimbang jika ada peminat bertindak kasar sehingga mengancam keselamatannya. "Kadang-kadang kita terluka, terpijak oleh penonton dan itulah gunanya bodyguard untuk menjaga," kata Syahrini. 2. Ruben Onsu Sering merasakan keselamatan diri dan keluarga terancam, pelakon Ruben Onsu mengupah pengawal peribadi untuk menjaga dirinya dan keluarga di rumah. Kata Ruben, dia berasa lebih tenang jika ada pengawal yang menjaga keselamatan keluarga ketika dia keluar bekerja. 3. Krisdayanti Penyanyi yang popular di Indonesia dan Malaysia iaitu Krisdayanti memiliki pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga keselamatan keluarganya sejak sembilan tahun lalu. "Sejak sembilan tahun lalu saya bayar pengawal peribadi untuk menjaga saya, bukan sebab nak menunjuk tetapi sebab selalu berada di luar rumah dan berjumpa ramai orang," katanya. 4. Raffi Ahmad Pelakon ini mula mengupah pengawal peribadi setelah berlaku beberapa kejadian yang kurang menyenangkan dirinya. Malah, dia pernah menerima ancaman daripada individu tidak dikenali sehingga dia merasakan keperluan mengupah seseorang untuk menjaganya ketika berada di luar rumah. Kehadiran bodyguard juga dapat menjamin keselamatan isteri dan anaknya iaitu Nagita Slavina dan Rafathar. Jika keluarga ini meluangkan masa bersama di luar rumah, pasti akan ada beberapa pengawal yang mengikuti dan mengawal gerak geri mereka. SUMBER: Liputan6