MESKIPUN pelakon Sulli sudah meninggal dunia kira-kira satu minggu lalu, namun kisah kematiannya terus menjadi perbualan hangat netizen. Menerusi laporan portal Sina, kedua ibu bapanya dikatakan bergaduh dan berperang besar kerana merebutkan harta yang ditinggalkan Sulli. Portal berita dari China itu melaporkan bahawa harta yang ditinggalkan oleh Sulli berjumlah hampir RM18 juta dan ia mula menjadi rebutan keluarga. Bagaimanapun, abang kedua Sulli iaitu Choi Daehee membuat keputusan untuk tidak menerima apa-apa hak dalam harta yang ditinggalkan adiknya itu. Ujarnya, dia enggan menerima wang hasil kerja adiknya itu memandangkan gadis berusia 25 tahun tersebut sudah meninggal dunia. Menurut undang-undang di Korea Selatan, harta pusaka boleh dibahagikan di antara ahli keluarga merangkumi ibu bapa, pasangan, anak, dan adik-beradik. Memandangkan Sulli masih belum berkahwin dan tidak meninggalkan wasiat, harta tersebut akan diberikan kepada kedua ibu bapanya, dua orang abangnya dan seorang adik lelakinya. SUMBER: Malaymail